Assalamualaikum
Percutian Singkat ke Cameron Highlands 😘
Cari Kaktus...Nak Petik Strawberi...
Cuaca Panas tapi tetap nyaman...
Nanti Mak Encek Share Photo Percutian nya...
Walaupun masa singkat tapi padat...

Persinggahan pertama di Banjaran Titiwangsa... cantik pemandangan...bukit bukau dibawah tu... untuk kaki selfie memang wajib singgah...✌️

Persinggahan ke 2 View Garden ... tempat ni untuk selfie cantik juga...bagi yang hendak memetik buah strawberi pun boleh sahaja...tapi masuk berbayar πŸ˜ƒ πŸ˜ƒπŸ˜ƒ.Ada yang singgah santai minum dan makan...sebab ada disediakan cafe...yang istimewa ada ais krim berbagai perisaπŸ˜‹πŸ˜‹πŸ˜‹

Persinggahan ke 3 Souvenir Strawberry Centre. Peramah tokeh kedai nya melayan pelanggan... cantik kaktus yang dipamerkan di kedainya... peminat kaktus,Bunga Rose wajib singgah...cuciπŸ‘€ ... terdapat juga kedai cenderahati berbagai barangan comel ²
Mak Encek sambar 5 pasu kaktus kecil RM2 satu dan satu kaktus RM8 untuk kaktus Saiz M.
Seunit FM Cameron Highlands untuk kenangan ✌️

Persinggahan ke 4 Rose Valley...Disini banyak terdapat gerai ² yang menjual bunga²,sayur² ,beraneka jenis Asam dan lain² lagi... dibahagian belakang... terdapat kedai yang menjual Bunga² Rose.... Rose Valley namanya...Mak Teruja selfie...πŸ˜‚πŸ˜‚πŸ˜‚ rupanya tidak dibenarkan mengambil photo dikedai tu😊

Persinggahan ke 5... Tringkap Bee Farm
Dulu tempat membiak lebah ² tetapi sekarang dah tutup dan ditinggalkan jadi tinggal papan penerangan tentang berbagai jenis lebah² sahaja...

Persinggahan ke 6 Kea Farm/Garden
Untuk membeli buah Strawberi digalakkan di sini... kerana banyak pilihan...kena pandai pilih harga... sebab ada kedai yang jual 2pack strawberi dgn harga RM10,RM15 @RM20
Mak Encek belilah buah tangan untuk dibawa pulang...4pack Strawberi RM20 dan 2pack RM15. Cuaca dingin sangat...jadi gerai² disini tutup jam 6 petang.

Akhirnya ambil keputusan untuk pulang 😊...berak ber LA percutian yang singkat ini.



Photo 1 Kaktus...Yang kecil Tu RM2 je...Beli di Souvenir Strawberry Centre. Besar yang berbunga tu RM8 je...murahkan...kalau di Kuala Kangsar RM18πŸ˜ƒ

Photo 2 Ambil gambar waktu perjalanan pulang... cantik nampak bukit² di belakang...kena berhati-hati bukit tu curam ...

Photo 3 Gula² Strawberry ...Mak Encek suka...4 batang RM3 Je Beli dia Kea Farm/Kea Garden.FM beli di Souvenir Strawberry Centre... kalau pergi mana² mesti beli FM tu buat kenangan 😘😘😘


Comments

Popular Posts